SEORANG lelaki dirakam menggantung seekor kucing di Kluang Baru di Kluang hari ini.

Individu gantung kucing tepi tingkap kereta dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Polis sedang mengesan dan menyiasat kejadian seorang lelaki yang didakwa menggantung seekor kucing ditepi tingkap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Kluang Baru itu tular di media sosial sehingga mencetuskan kecaman orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh ketika dihubungi berkata, pihaknya tiada menerima laporan berkaitan kejadian yang di viralkan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata siasatan akan dijalankan bagi menjejaki individu yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN