SHAHRIL menjelaskan langkah menarik diri akan menimbulkan banyak implikasi pada masa akan datang.

Selangor FC tidak pernah terfikir tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Khabar angin yang mengatakan Selangor FC akan menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga M) ekoran dakwaan tidak berpuas hati dengan layanan diterima ketika aksi separuh akhir Piala FA menentang Kuching City di Kuching, baru-baru ini adalah tidak benar.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan, pengurusan The Red Giants tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.

Shahril berkata, pihaknya sedar tindakan itu akan memberikan kesan besar kepada ekosistem bola sepak tempatan.

“Ini saya boleh katakan semua ini khabar angin. Sudah tentu apabila ia digembar-gemburkan, ia nampak jadi besar.

“Tapi saya boleh katakan memang tidak terlintas untuk kita keluar. Banyak implikasinya di kemudian hari,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Undian FAS Selangor Champions League 2026 di Klang, malam tadi.

Dalam aksi itu, Kuching City menang 2-0 untuk meraih agregat 3-2 sekali gus mara ke pentas final berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadual pada Januari depan.

Perlawanan itu juga mencetuskan kekecohan hingga wujud dakwaan mengatakan Selangor FC mahu menarik diri daripada Liga M.

Mengulas lanjut, Shahril mahu semua pihak lebih matang dalam menangani isu seumpama itu dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan atau membuat keputusan yang boleh menjejaskan perkembangan industri bola sepak negara.

“Jadi kita pun kena jadi matang, jangan buat satu-satu kenyataan atau keputusan yang boleh menjejaskan industri bola sepak kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN