Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Ceramah Grand Finale PN & BN di DUN Paya Rumput, malam tadi. - UMNO ONLINE

BN sedia libatkan PN bentuk kerajaan negeri di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Barisan Nasional (BN) memberi bayangan akan membabitkan Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka sekiranya gabungan itu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika berucap pada program Ceramah Grand Finale PN & BN di DUN Paya Rumput, di sini malam tadi.

Beliau berkata, kerjasama antara BN dan PN yang terjalin ketika ini diharap dapat diteruskan selepas pilihan raya, termasuk melalui pembentukan kerajaan negeri secara bersama.

“Selepas 14 hari bulan ini, selaku Pengerusi Barisan Nasional, ditakdirkan kemenangan bersama-sama BN dan PN, insya-Allah, kerajaan negeri Melaka juga akan membabitkan Perikatan Nasional di dalam pembentukan kerajaan di Melaka.

“Kita lupakan perbezaan-perbezaan yang lalu. Kita jangan berhenti di negeri Melaka sahaja. Kerja kita lebih besar lagi selepas ini.

“Insya-Allah, kalau kita peroleh majoriti yang baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), apatah lagi kerusi-kerusi yang akan kita tandingi maka inilah gambaran bahawa BN dan PN akan bersepakat untuk berjalan serentak melepasi jambatan untuk kita membina rumah baharu di peringkat nasional,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kerjasama antara BN-PN mencerminkan kesediaan kedua-dua gabungan mengetepikan perbezaan politik terdahulu demi membentuk penyatuan ummah yang lebih besar.

Beliau turut menyifatkan Melaka sebagai titik permulaan kepada usaha membina kerjasama politik lebih kukuh antara BN dan PN yang berpotensi diperluaskan ke peringkat nasional.

“Rumah besar ini adalah rumah yang kita bina untuk ummah keseluruhannya. Rumah besar ini untuk menyatukan fikrah di kalangan kita tanpa kita mengenepikan agama, bangsa, budaya dan bahasa lain.

“Kerana telah terbukti bahawa dasar yang dilakukan oleh PAS untuk menyantuni pelbagai agama, pelbagai kaum yang disebutkan tadi.

“Insya-Allah, bermula daripada Melaka ini, agenda besar kita untuk melakukan ‘game changer’, untuk melakukan perubahan ini,” ujarnya.

Beliau berkata, perbezaan yang pernah wujud antara kedua-dua parti perlu diketepikan bagi membolehkan agenda penyatuan dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN