MIAMI, Florida – Sebuah kapal penumpang yang menjadi kemegahan pada abad ke-20, ditenggelamkan secara sengaja semalam untuk menjadi terumbu karang buatan manusia terbesar di dunia.
Kapal SS United States sepanjang 302 meter itu telah melakukan lebih 800 pelayaran merentasi Lautan Atlantik dalam tahun 1950-an dan 60-an.
Ia ditenggelamkan di dasar berpasir di Teluk Mexico, kira-kira 40 kilometer ke barat daya Pantai Destin-Fort Walton, negeri Florida.
Tukun tiruan yang sangat besar itu dijangka menjadi pemacu ekonomi pelancongan tempatan dengan menarik kehadiran penyelam serta pemancing.
Pihak berkuasa tempatan membeli SS United States pada harga AS$1 juta (RM4.48 juta) dalam tahun 2024.
“Penggunaan semula SS United States mengekalkan warisannya agar terus hidup, kata pengarah pelancongan Daerah Okaloosa, Jennifer Adams Kemp.
Kapal penumpang itu lebih panjang daripada Titanic dan paling laju pada zamannya. Ia melakukan pelayaran sulung pada 1952. – AFP
















