Poster dikongsikan pada Facebook Polis KL.

‘Ada rasa kerisauan, ada ancaman, tembak jangan tunggu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus menegaskan kepada semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur, sentiasa bersedia dalam berhadapan dengan sebarang situasi ancaman ketika melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Fadil berkata, beliau mahu semua ‘anak buahnya’ untuk tahu bertindak tanpa sebarang keraguan ketika berhadapan risiko dan bahaya di lapangan.

“Saranan saya kepada semua elemen (polis Kuala Lumpur) yang ada di lapangan, saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, berlaku terhadap anggota saya yang bertugas di ‘barisan hadapan’ (frontliner).

“Jadi pastikan mesti ‘ready’ (sedia), mesti tahu situasi, keluarkan senjata api, pastikan sasaran, bersedia.

“Sekiranya ada apa-apa halangan, tembak. Ada apa-apa keraguan, tembak. Ada rasa kerisauan, ada ancaman, tembak. Jangan tunggu,” katanya dalam rakaman audio yang disiarkan melalui laman rasmi Facebook Polis KL.

Fadil menyatakan demikian sebagai usaha memastikan keselamatan pegawai dan anggotanya ketika bertugas serta berhadapan apa jua situasi.
Terdahulu, seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak, putus pergelangan tangan kanan selepas ditetak oleh seorang lelaki warga asing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN