Ab. Rahaman (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

Bekas pengurus wanita dalang pecah kedai, mahu hapus bukti pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengurus dipercayai menjadi dalang untuk memecah masuk premis pajak gadai di Kota Tinggi bagi menghapuskan bukti pecah amanah sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM28.4 juta, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 11.42 pagi itu, suspek dipercayai memecah masuk premis tersebut melalui pintu hadapan sebelum keluar melalui pintu belakang dengan membawa barang kemas dan wang tunai. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan tujuh individu termasuk dua wanita tempatan berusia 29 hingga 48 tahun secara berasingan di Kota Tinggi dan Johor Bahru pada 7 hingga 8 November lalu.

“Polis merampas sebanyak 2,891 barang kemas, wang tunai RM27,371, dua keping resit pajak gadai, dua jambak kunci, dua beg silang dan sebuah telefon bimbit.

“Motif kejadian dipercayai bagi menghapuskan bukti kegiatan pecah amanah yang dilakukan oleh bekas pengurus wanita berusia 44 tahun tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan barang kemas yang dilarikan dipercayai palsu yang dipajak oleh rakan suspek menggunakan identiti pemajak tidak wujud bagi mendapatkan wang syarikat.

Katanya, semakan mendapati seorang daripada suspek yang ditahan memiliki dua rekod jenayah manakala ujian saringan awal air kencing mendapati mereka negatif dadah.

“Empat suspek direman selama tujuh hari bermula 8 November lalu, manakala tiga lagi direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN