Tangkap layar video tular memaparkan kejadian kanak-kanak lelaki cedera ketika berpaut pada kereta selepas ditinggalkan bapanya di Nilai.

Budak ditinggalkan tepi jalan bergaduh dengan adik, bapa ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Pertengkaran antara bapa dan anak dipercayai menjadi punca kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditinggalkan di tepi jalan sebelum terjatuh ketika berpaut pada kereta di kawasan Plaza Tol Nilai, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian terbongkar selepas pihaknya menahan bapa mangsa yang merupakan warga China berusia 45 tahun di sebuah rumah di Kuala Lumpur pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Johari berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari semalam.

“Ketika kejadian, lelaki itu bersama ahli keluarganya bertolak dari Cheras, Kuala Lumpur ke Pantai Bagan Lalang, Selangor untuk beriadah.

“Sewaktu dalam perjalanan, anak sulung suspek iaitu mangsa bertengkar dengan adiknya di dalam kereta menyebabkan suspek naik angin.

“Selepas melepasi Plaza Tol Nilai, suspek memberhentikan keretanya di tepi jalan dan mengarahkan mangsa keluar sebelum memarahinya,” katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian meninggalkan mangsa di tepi jalan dan meneruskan pemanduan dengan alasan mahu memberikan pengajaran kepada kanak-kanak tersebut.

Katanya, suspek mendakwa melihat anaknya terjatuh atas jalan sebelum berpatah balik dan membawa kanak-kanak itu ke klinik swasta di Bandar Baru Nilai.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN