Gambar media sosial operasi pencarian mangsa yang masih hilang.

Kepala air Sungai Pertak: ‘Arus tiba-tiba jadi sangat deras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Kegembiraan lima pelajar warga Yaman yang merancang bercuti sempena sambutan Deepavali berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka hilang dihanyutkan arus deras kepala air di tapak perkhemahan Lata Jebus, Sungai Luit dekat Kuala Kubu Bharu, semalam.

Salah seorang mangsa yang terselamat, berusia 19 tahun berkata, mereka tiba di tapak perkhemahan berkenaan kira-kira pukul 5 petang dalam keadaan cuaca yang baik tanpa sebarang tanda-tanda akan berlaku cuaca buruk.

“Tiga daripada kami kemudian pergi mandi di tebing sungai, sebelum arus tiba-tiba bertukar menjadi sangat deras dan menghanyutkan mereka. “Dua rakan kami berjaya menyelamatkan diri ke tebing, namun seorang lagi rakan masih belum ditemukan,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Pelajar kolej swasta di ibu negara itu tidak menyangka percutian yang dirancang dengan ceria bertukar menjadi detik cemas dalam sekelip mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN