Kebakaran yang memusnahkan rumah panjang Tuai Rumah Seliau di Sungai Tuah, Kanowit awal pagi tadi. Foto JBPM SARAWAK

Rumah panjang musnah, 24 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANOWIT – Rumah panjang di Tuai Rumah Seliau, Sungai Tuah, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi menyebabkan 24 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Kebakaran dilaporkan berlaku pada pukul 1.39 pagi sebelum anggota bomba tiba di lokasi pada pukul 2.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi pemadaman dikendalikan anggota dari Balai

Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan bantuan anggota BBP Sibu Jaya.

“Kebakaran dikawal pada jam 3.53 pagi dan tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 16 anggota bomba digerakkan ke lokasi dengan kekuatan dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah pikap bagi membantu operasi pemadaman.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN