Gambar kejadian yang dikongsi Anwar di media sosial beliau hari ini. - AP

Malaysia kecam keganasan, solidariti bersama Poland – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia menyatakan solidariti bersama rakyat Poland susulan insiden tembakan mengerikan di Kraków yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan beberapa individu lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.

Beliau berkata, laporan mengenai pengaruh ekstremisme sayap kanan terhadap suspek serangan itu amat membimbangkan.

Menurutnya, tragedi berkenaan membuktikan keperluan untuk menangani segala bentuk keganasan, termasuk ancaman ekstremisme ganas berhaluan kanan yang semakin meningkat.

“Tiada ideologi yang boleh dijadikan alasan untuk membunuh orang awam tidak berdosa,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Anwar berkata, Malaysia komited untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi membanteras ekstremisme serta mempertahankan keamanan dan maruah kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN