Banjir Selangor bertambah buruk, lebih 4,000 mangsa berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak meningkat kepada 4,504 orang petang ini berbanding 1,404 orang pada sebelah pagi.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Selangor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,234 mangsa daripada 251 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.

“Ia menunjukkan peningkatan berbanding 1,206 mangsa daripada 316 keluarga di sembilan PPS, pagi tadi. Empat PPS masih beroperasi di Kuala Selangor iaitu Sekolah Agama Batu Lapan Ijok yang menempatkan 2,999 mangsa daripada 67 keluarga, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang (799 mangsa, 61 keluarga), SK Dato’ Maharaja Lela (192 mangsa, 61 keluarga) dan SK Jaya Setia (71 mangsa, 21 keluarga).

“Dua PPS di Shah Alam iaitu di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Seksyen U5 menempatkan 59 mangsa daripada 15 keluarga, manakala PPS Kampung Melayu Subang (47 mangsa, 11 keluarga),” menurut InfoBencana JKM.

Selain itu, di Klang, 67 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Taqwa, Bukit Kapar.

Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa banjir dan ribut meningkat kepada 270 orang daripada 79 keluarga petang ini berbanding 198 orang daripada 58 keluarga pagi tadi membabitkan daerah Hilir Perak dan Manjung.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap kekal 137 orang daripada 40 keluarga, manakala jumlah mangsa di PPS Dewan Rumah Rehat MPTI meningkat kepada 107 orang daripada 32 keluarga.

“Seramai 26 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas akibat bencana ribut masih ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Manjung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN