Gambar hiasan

Duda ditangkap khalwat dengan gadis seberang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang lelaki berstatus duda ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita dari seberang dalam sebuah bilik di rumah sewa di Senai, di sini, melalui serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pagi tadi.

Tangkapan dilakukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira pukul1.10 pagi, hasil maklumat dan aduan daripada penduduk setempat.
Menurut kenyataan JAINJ, ketika serbuan, pintu utama rumah didapati ditutup rapat tetapi tidak berkunci sebelum anggota penguat kuasa mengetuk salah satu pintu bilik untuk pemeriksaan.
“Selepas lima minit diketuk, seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju telah membuka pintu.
“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan menemui seorang wanita berusia 20-an dari negara seberang sedang terbaring di atas katil dalam keadaan berselimut,” katanya hari ini.
JAINJ menjelaskan, lelaki terbabit cuba memberikan alasan bagi meyakinkan penguat kuasa bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Namun, pasangan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen atau bukti perkahwinan yang sah, dan mengaku hanya bertemu untuk berdua-duaan di dalam bilik tersebut.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu bekerja di daerah Kulai, manakala wanita terbabit yang mengaku masih anak dara pula bekerja di kawasan Senai,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor kerana berkhalwat. – KOSMO! ONLINE 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN