MEMASUKI usia 12 tahun, Aaisyah merealisasikan sambutan majlis hari lahirnya dengan 12 biji kek bertemakan sukan permotoran.

Meriah, hari jadi anak Che Ta ada 12 kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTERI kesayangan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, iaitu Aaisyah Dhia Rana, sekali lagi menjadi perhatian apabila diraikan menerusi majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-12 dalam suasana cukup meriah baru-baru ini.

Paling mencuri perhatian, dia menerima 12 biji kek dengan rekaan berbeza.

Bertemakan perlumbaan kereta, Che Ta berkata, semua yang dilakukan pada acara berkenaan adalah untuk menggembirakan puteri tunggalnya itu.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan doa agar Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah, sihat sejahtera dan mewarisi kecantikan ibunya.

Tidak kurang juga ada yang memuji penampilan Che Ta dan Aaisyah persis patung Barbie pada majlis tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN