fbpx
GAMBAR menunjukkan bantal yang digunakan oleh AR dan DN untuk menipu keluarga mereka. - Istimewa

Pura-pura hamil, bimbang dilabel mandul oleh mertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia nekad memalsukan kehamilan dengan mengebumikan bantal yang dibalut kain kafan untuk menyerupai jasad bayi kerana bimbang dilabel mandul oleh keluarga suaminya, lapor laman berita Detik. 

Wanita dikenali sebagai AR mendakwa dirinya hamil selama 10 bulan sebelum memaklumkan kepada keluarga mertua bahawa bayinya meninggal dunia semasa bersalin. 

Penipuan itu diketahui selepas penduduk tempatan meminta untuk membuka kain kafan sebelum ‘jenazah’ dikebumikan. 

Mereka terkejut apabila mendapati kain kafan tersebut membaluti bantal dan bukan jenazah seperti yang dilaporkan sebelum ini. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Bontang, Dany Purwantoro mengadakan pertemuan antara AR, suaminya yang dikenali sebagai DN, ahli keluarga serta Hospital Yabis untuk soal siasat. 

Dany berkata, pasangan suami isteri itu sengaja menghasilkan cerita palsu tentang kehamilan dan kematian bayi. 

Perbuatan itu dilakukan kerana AR bimbang dilabel tidak boleh hamil oleh keluarga dan mertuanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN