PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan dilaporkan perlahan dan sesak sebelum Terowong Genting Sempah menghala ke Pantai Timur, hari ini.
Menerusi perkongsian seorang individu, keadaan itu dilaporkan berlaku pada petang ini menerusi pengkongsian video.
“2.54 petang. Jalan sesak lekat dari sebelum terowong hala Bentong,” kata @Zareef Ami menerusi hantaran di media sosial, hari ini.
Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai menerusi ruangan komen.
“Pukul 12 tengah hari tadi okey,” maklum seorang pengguna.
“Sesak mau Deepavali,” ujar @Zuan Iswara Azwan.
“Harap masa cuti ni jalan yang tinggal selorong tu, buka la balik jadikan dua lorong sementara ni,” komen yang lain. – KOSMO! ONLINE
















