fbpx
Lilis Saslinda (tengah) meninjau harga barang kawalan sempena SHMMP Deepavali di NSK Trade City, Skudai.

Masih ada peniaga suka-suka letak harga nak untung besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merekodkan 2,373 pelbagai kesalahan dari awal tahun hingga semalam, melibatkan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM11.6 juta.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, daripada jumlah itu, 1,774 kes merupakan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga yang jelas pada barangan atau perkhidmatan, menjual barangan kawalan melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan menaikkan harga atau mengambil untung secara tidak munasabah.

“Dalam tempoh sama, KPDN Johor turut merekodkan 360 kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, 119 kes mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan 66 kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Kita turut mengesan kesalahan 54 kesalahan lain di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Sewa Beli 1967,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 Peringkat Negeri Johor di NSK Trade City, Skudai di sini hari ini.

Lilis Saslinda berkata, daripada 1,537 pemeriksaan di peringkat pemborong serta peruncit sepanjang pelaksanaan SHMMP bagi perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Puasa 2026, sebanyak 879 kesalahan dikesan dan paling banyak ialah kegagalan meletakkan tanda harga merah jambu bagi barang harga terkawal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN