fbpx
Aliff Daniel (duduk, kiri) melafazkan lafaz taubat sambil disaksikan Anhar Opir (duduk, kanan) pada majlis itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini-Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI

‘Mohon yang terpengaruh kembali kepada Islam sebenar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Setelah lebih lima tahun mengamalkan ritual agama lain, Aliff Daniel Adli, 21, akhirnya bertaubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah, hari ini.

Selain Alliff Daniel, ibunya, Rohizayanti Ramli, 52 dan adiknya, Nur Ranea Ezreen, 19 turut sama bertaubat pada majlis itu dengan berjanji tidak mengulangi perkara sama.

Aliff Daniel dalam pada itu turut memohon serta menyeru mana-mana individu yang terpengaruh dengan perbuatannya untuk kembali kepada Islam yang sebenar.

Ketika lafaz taubat berkenaan, Aliff Daniel mengakui pernah melakukan pelbagai amalan dan ritual keagamaan yang bertentangan Islam sehingga mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.

Selain itu, dia turut mengakui pernah memberikan rawatan kepada orang awam, bukan mengikut perubatan Islam, sebaliknya merawat pesakitnya mengikut agama lain.

Sehubungan, Aliff Daniel berjanji tidak mengulangi kesemua perbuatan berkenaan pada masa akan datang, selain bertekad menjadi umat Islam yang lebih baik.

“Saya menyedari kelakuan saya (sebelum ini) bertentangan dengan agama Islam dan bercanggah dengan prinsip pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Justeru, saya memohon dan menyeru pada semua pihak atau mana-mana individu yang terpengaruh dengan perbuatan saya sebelum ini agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan terbina berdasarkan perbuatan saya itu.

‘Kembalilah kepada Islam yang sebenar,” katanya ketika ditemui Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini dan Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS, Datin Paduka Dr. Khadijah Mohd. Khambali@Hambali menjadi saksi kepada lafaz taubat tiga beranak itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN