fbpx
Tangkap layar rakaman yang tular di media sosial.

Video pelajar ‘khayal’ dalam kelas tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Satu video tular di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki dipercayai dalam keadaan khayal dalam kelas di sebuah sekolah di daerah ini.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna di platform Threads itu menunjukkan pelajar tersebut dalam keadaan membongkok, terhuyung hayang dengan kepala tertunduk berhampiran sebuah meja.

Menerusi kapsyen pada video itu, pelajar terbabit dikatakan sebagai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta kononnya mengambil piu piu. Bagaimanapun, identiti pelajar dan kesahihan lokasi rakaman itu masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN