fbpx
Da'i Syed ketika hadir di Mahkamah Rayuan pada Ogos lalu.

Jangan salah guna populariti, pegang prinsip amar makruf nahi mungkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Penceramah selebriti, Da’i Syed dinasihatkan tidak menggunakan populariti untuk mengambil kesempatan terhadap individu yang berada dalam keadaan terdesak.

Nasihat itu diberikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azman Abdullah yang mempengerusikan panel tiga hakim selepas membacakan keputusan majoriti 2-1 yang melepas dan membebaskan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, atas pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

“Saya ada nasihat sikit untuk perayu (Syed Shah Iqmal), perbuatan mengambil kesempatan terhadap individu yang terganggu emosinya boleh mencemarkan nama baik golongan yang membawa imej agama.

“Nasihat saya ini bukan sahaja ditujukan kepada kamu, turut ditujukan kepada tenaga pengajar di institusi agama dan sekolah, setiap hari kami menerima banyak kes membabitkan rogol, liwat dan sebagainya yang berlaku di pondok-pondok sekolah oleh tenaga pengajar dan ia memberi imej yang buruk kepada masyarakat,” katanya.

Sujurus selepas mendengar nasihat itu, Da’i Syed dilihat mengangguk tanda faham ketika berada dalam kandang tertuduh.

Azman berkata, dia berharap golongan pendakwah tidak menyalahgunakan kedudukan serta kepercayaan yang diberikan masyarakat khususnya mereka yang membawa prinsip amar makruf nahi mungkar.

Terdahulu, Da’i Syed atau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu.

Keputusan itu dibuat majoriti 2 -1 dengan hakim Azman yang mengetuai panel dan Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid membenarkan rayuan akhir Da’i Syed selaku perayu manakala Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid menentangnya.

Dengan keputusan majoriti itu, Da’i Syed terlepas daripada hukuman 10 tahun dan tiga sebatan yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Sejurus selepas keputusan tersebut, Da’i Syed yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN