fbpx
Keadaan banjir di sekitar pusat beli-belah Giant, Seksyen 13, Shah Alam susulan hujan lebat awal pagi tadi.

[VIDEO] Hujan lebat awal pagi, Shah Alam ‘berendam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Shah Alam dan Sungai Buloh dilanda banjir selepas hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Melayu Subang, Paya Jaras dan Seksyen 13 Shah Alam, manakala kejadian Jambatan Jalan Gajah 16 Sungau Buloh turut dilaporkan.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila beberapa laluan utama dinaiki air sehingga menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian di media sosial, orang ramai turut berkongsi keadaan banjir serta menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terjejas.

Seorang pengguna , slyuza berkata, kawasan Seksyen 13 berhampiran Giant turut dinaiki air sehingga menyukarkan kenderaan yang mahu memasuki Shah Alam.

“Kalau nak lalu juga, korang masuklah melalui Apartment Baru Naza, sebelah tempat letak kereta LRT Stadium, kemudian belok kanan dan akan keluar melalui Masjid Seksyen 13.

“Dah boleh elak air bertakung depan Giant ini. Bagaimanapun, jalan alternatif tepi tempat letak kereta tren itu kena tengok-tengok juga, takut naik air,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, aish_basri02 berpendapat orang ramai perlu mengambil kira sejarah kejadian banjir di sesuatu kawasan sebelum membuat keputusan membeli atau menyewa rumah.

“Pengajaran, sebelum beli atau sewa rumah, silalah periksa sejarah banjir sekitar kawasan itu. Nak tak nak, kena fikir juga kalau berlaku kecemasan, adakah cukup duit untuk hadapi situasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna todak696 mendoakan agar segala urusan penduduk yang terjejas di Sungai Buloh dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan. Harap orang-orang Sungai Buloh bersabar dengan dugaan daripada Yang Maha Berkuasa. Amin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN