fbpx
KU SITI ZULAIKHA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mengemukan dokumen palsu untuk membuat pinjaman peribadi, September lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI

Pengurus koperasi kemuka dokumen palsu buat pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus koperasi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini berhubung dakwaan mengemukakan dokumen palsu untuk membuat pembiayaan peribadi empat tahun lalu.

Tertuduh, Ku Siti Zulaikha Mohamed Zakkariya, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Kanageswari.

Mengikut pertuduhan pilihan, wanita itu didakwa memperdayakan Ibrahim Ali, 61, sehingga mendorong mangsa untuk mempercayai butiran dalam dokumen sokongan yang dikemukakan untuk permohonan pembiayaan peribadi sebenarnya mengandungi butiran palsu.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB), Bangunan Kerjasama, Jalan Dhoby, di sini pada 23 September 2022.

Pendakwaan dilbuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fazal Lisam Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam Azlan Bohari.

Pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh keputusan kes itu.

Bagaimanapun Azlan merayu hukuman minimum kerana anak guamnya yang masih bertugas sebagai pengurus koperasi dengan pendapatan RM4,000 sebulan menanggung lima anak dengan tiga daripada mereka masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 17 November ini untuk mengemukakan fakta kes serta jatuh hukuman..-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN