PETALING JAYA – “Terima kasih Perdana Menteri kerana menyantuni mangsa banjir.”
Demikian luahan seorang pengguna di aplikasi Threads dikenali sebagai Nothingtthetruth yang turut berkongsi klip video lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Melayu Subang.
“Terima kasih @anwaribrahim_my menyantuni mangsa banjir Kampung Melayu Subang,” tulis individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, pengguna turut berterima kasih atas keprihatinan pemimpin nombor satu itu.
“Ini betul caranya., ada bencana alam menteri-menteri atau yb turun padang bagi semangat pada mangsa.
“Bukan untuk pancing undi tapi tanggungjawab yang raykat bagi pada mereka-mereka itu, tak kesah kerajaan atau pembangkang..terbaik @anwaribrahim_my,” komen Salleh_sury.
Terdahulu, Kosmo! semalan melaporkan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air sehingga paras paha dan banyak laluan tersekat ekoran hujan lebat pada sebelah petang.
Antara kawasan yang teruk terjejas termasuklah Kampung Melayu Subang, TTDI Jaya, Seksyen 13, Bukit Jelutong serta laluan di Lebuh Raya Guthrie.-KOSMO! ONLINE
















