fbpx
Tangkap layar video memaparkan keadaan banjir yang melanda Kampung Melayu Subang, hari ini.

[VIDEO] 92 rumah terjejas, tiga mangsa dipindahkan di Kampung Melayu Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 92 rumah terjejas akibat banjir yang melanda Kampung Melayu Subang di sini petang tadi, manakala tiga mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Daripada jumlah berkenaan, dua mangsa iaitu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia lingkungan 50-an dan seorang bayi telah dipindahkan ke Pusat Perlindungan Sementara di Dewan Siantan.

Bagaimanapun, maklumat mengenai seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.18 petang.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bersama lima anggota tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Komander Operasi berkata, pemeriksaan mendapati banjir berlaku di beberapa lorong sekitar Kampung Melayu Subang dengan kedalaman air mencecah paras pinggang.

“Anggota bomba sedang menjalankan pemeriksaan dan pencarian bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir berkenaan,”kata kenyataan itu.

Berdasarkan kenyataan itu, sebanyak 30 rumah di Lorong Merbau dilaporkan terjejas, diikuti Jalan Cengal (tujuh rumah), Jalan Resak (lima rumah) dan Jalan Jati (50 rumah).

“Keadaan paras air di lokasi dilaporkan semakin menurun.Bagaimanapun, terdapat penduduk yang enggan meninggalkan kediaman masing-masing meskipun telah diarahkan berpindah oleh anggota bomba.

“Pihak bomba turut meneruskan pemeriksaan di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk serta mengenal pasti sekiranya terdapat mangsa lain yang memerlukan bantuan,” kata kenyataan itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN