fbpx
Hussein menunjukkan dadah bagi kontinjen Selangor yang akan dilupuskan pada sidang akhbar di IPK Selangor. FOTO:FAUZI BAHARUDIN

Hampir RM3 bilion dadah dirampas sehingga Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Hampir RM3 bilion dadah dan racun dirampas polis dalam tempoh 10 bulan tahun ini dengan pasaran dadah jenis tradisional seperti syabu dan bunga ganja terus mendapat tempat dalam pasaran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini membabitkan pecahan 39,186. 88 kilogram (kg) dadah dan 31,1756 liter dadah berbentuk cecair.

Menurutnya, rampasan turut dilakukan melibatkan 47,062.8 kg dan 112,600.94 liter dibawah Akta Racun bagi tempoh sama.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan racun dianggarkan RM2.96 billion. Rampasan dadah turut memberi gambaran bahawa kegiatan pengedaran dan permintaan terhadap bahan terlarang itu masih berleluasa di pasaran.

“Malah, pasaran dadah makin meningkat terutama syabu dan bunga ganja,” katanya pada sidang akhbar majlis pelupusan barang kes JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, JSJN turut merekodkan 184,732 kes melibatkan 205,536 tangkapan di seluruh negara bagi tempoh sama hasil tindakan penguatkuasaan berterusan dalam membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Daripada jumlah tersebut, 76,228 kes bekalan atau pemilikan dadah melibatkan 97,119 tangkapan manakala 108,417 tangkapan penyalahgunaan dadah dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sepanjang tahun ini, hampir 47 tan dadah dalam bentuk pepejal dan 60,880 liter cecair dengan anggaran RM1.93 bilion telah dilupsukan di seluruh negara.

“Kontinjen Selangor mencatatkan jumlah pelupusan barang kes tertinggi iaitu bernilai RM1.71 bilion dan diikuti kontinjen Sabah (RM120.4 juta) serta kontinjen Johor (RM40.02 juta),” katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, sebanyak 13,342 kertas siasatan membabitkan kes-kes dari tahun 1991 hingga 2025 telah dilupuskan.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 90 peratus kes telah dituduh dan jatuh hukum di mahkamah manakala 8 peratus kes yang dibebaskan serta kes rampasan tiada tangkapan (dua peratus),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN