KULAI – Seorang wanita bersama ibunya maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan balik ke rumah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke Tampoi, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu melibatkan Dr Fatimahtuzarah Md Amin,30, yang memandu kereta jenis Mazda bersama ibunya Rosmani Abdul Ghani,69.
Kata beliau, ketika sampai dilokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik seterusnya memasuki laluan bertentangan mengakibatkan pelanggaran dengan kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 30 tahun.
“Akibat kejadian itu, pemandu dan penumpang kereta jenis Mazda itu telah mengalami kecederaan parah dibeberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.
“Pemandu ketara Toyota Vios hanya mengalami kecederaan ringan, kedua-dua mangsa yang meninggal itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk proses bedah siasat,” katanya melalui kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE
















