TANGKAP layar video menunjukkan kepulan asap tebal naik ke udara di Lapangan Terbang King Khalid di Riyadh baru-baru ini. - AGENSI

Houthi beri amaran keras elak lapangan terbang Arab Saudi selepas 12 maut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Kumpulan Houthi di Yemen memberi amaran kepada syarikat penerbangan dan penumpang supaya tidak menggunakan lapangan terbang Arab Saudi susulan serangan di Riyadh yang mengorbankan 12 orang dan lebih 300 lagi cedera, lapor akhbar The Independent. 

Selain merupakan serangan paling dahsyat di Arab Saudi dalam tempoh lebih satu dekad, kejadian berlaku ketika perang antara militia Houthi disokong Iran dan kerajaan Yemen yang pro-Arab Saudi semakin sengit. 

“Kami memperbaharui amaran kepada semua syarikat penerbangan, pakar, pekerja, kakitangan dan pengembara agar tidak menggunakan lapangan terbang serta ruang udara Arab Saudi kerana terdedah kepada serangan dan menjadi medan operasi pasukan kami melainkan lapangan terbang di tanah suci Mekah dan Madinah. 

“Kami menggesa semua orang untuk mengambil amaran kami secara serius dan Arab Saudi bertanggungjawab di atas kegagalan memintas serangan,” kata Houthi di platform X. 

Pakatan tentera pimpinan Arab Saudi melaporkan semalam bahawa serangan baharu dilancarkan ke atas Lapangan Terbang Raja Khalid di Riyadh. 

Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi mengesahkan mangsa yang terbunuh terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua rakyat Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Jordan, Palestin, Syria, Sudan dan Mesir.

Dalam pada itu, Presiden Donald Trump berkata, Washington ‘berkemungkinan’ menyertai Arab Saudi untuk menyerang militia Houthi di Yemen selepas sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam serangan di lapangan terbang itu sejak beberapa hari lalu.

“Kami sedang mempertimbangkannya. Kami baru mengetahui tentang serangan terbaharu ini. Jadi, kami akan membuat keputusan dan bertindak dengan pantas,” kata Trump kepada pemberita.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN