BUKAN main manis dan bahagianya nampak Ropie Cecupak ketika diarak sebagai 'pengantin baharu'.

Ropie Cecupak bersanding lagi demi Haziq Rosebi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERUS memperjuangkan karya irama Malaysia, Haziq Rosebi melancarkan lagu baharu berjudul Palu yang mengangkat tradisi majlis persandingan dalam budaya Melayu.

Lagu yang dilancarkan pada 5 Oktober lalu itu merupakan hasil ciptaan Affan Mazlan, dan Haziq manakala lirik ditulis Fedtri Yahya, Affan Mazlan serta Haziq sendiri.

Menariknya, video muzik yang dilancarkan pada hari sama mengundang tawa ramai apabila pelawak Ropie yang lengkap dengan persalinan songket naik pelamin.

“Pak Kodi kahwin, tengok sikit pun dah rasa lawak.

“Wah lagu baru untuk pengantin. Suara Haziq harapan bagi lagu-lagu irama Malaysia, lunak dan merdu, tak jemu dengar,” puji khalayak.

Kebanyakan netizen berpendapat lagu Palu sangat sesuai dimainkan dalam majlis perkahwinan pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN