Gambar hiasan.

Belanjawan 2027: AKPS terima peruntukan RM490 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) diperuntukkan sebanyak RM490 juta bagi terus memperkukuh keselamatan sempadan negara.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu disediakan sebagai sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kawalan serta keselamatan di pintu masuk negara.

“Keselamatan sempadan negara terus diperkukuh.

“Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan diperuntukkan RM490 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, saringan keselamatan di lapangan terbang juga akan diperketat termasuk mewajibkan ujian dadah dan alkohol terhadap juruterbang serta kru penerbangan.

Katanya, sebanyak 48 mesin pengimbas badan dan bagasi baharu turut akan dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN