Keadaan Jalan Jelai-Gemas yang ditutup sejak Ogos lalu telah menjejaskan seramai 10,000 pengguna. – Media sosial

Gesa buka segera Jalan Jelai-Gemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Penutupan Jalan Jelai-Gemas di sini, didakwa telah menjejaskan 10,000 pengguna hingga memaksa penduduk, pekerja kilang dan peneroka menggunakan laluan lebih jauh termasuk meredah kawasan ladang sawit.

Peniaga, Mohd. Zaidi Mohd. Sahidan, 37, berkata, penutupan jalan bagi kerja menaik taraf box culvert itu menyebabkan perjalanan hariannya ke Gemencheh bertambah 15 minit.

“Saya terpaksa pusing ikut Sungai Kelamah yang lebih jauh dan berisiko. Kalau ikut kebun, jalan teruk dan berlubang selain gelap bila waktu malam,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ahli ­Dewan Undangan Negeri Gemas, ­Ridzuan Ahmad berkata, ru­ngutan timbul apabila tiada la­luan alternatif disediakan untuk pengguna ke Pasir Besar.

Katanya, laluan melalui ladang sawit yang dibuat sendiri oleh penduduk kurang sesuai terutamanya pada waktu malam.

“Kami mengadakan sesi libat urus bersama pegawai berkaitan bagi mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan kerja-kerja itu mengambil masa sebulan tetapi sehingga kelmarin ia masih belum selesai sepenuhnya,” katanya.

Menurut Ridzuan, pihak ber­kaitan sepatutnya menyediakan lencongan selamat buat penduduk sekiranya projek tidak disiapkan mengikut jadual.

Terdahulu tular di media sosial jalan berkenaan masih lagi tidak boleh dilalui sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dihempap tiang dilanggar sebuah treler.

Untuk rekod, berdasarkan notis projek yang baharu dikongsikan, kerja menaik taraf box culvert dan kerja berkaitan di FT1279 Jalan Jelai-Gemas 1-4 dijadualkan berlangsung dari 4 Ogos hingga 30 Oktober 2026, dengan penutupan keseluruhan jalan dilakukan secara berperingkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN