Pegawai polis ketika hadir ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi menjalankan siasatan berhubung kematian pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah sukan di daerah berkenaan. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Dua senior SMK Za’ba dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua pelajar senior yang sedang direman akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah esok atas pertuduhan membunuh pelajar junior.

Dua suspek iaitu remaja lelaki berusia 16 tahun itu bakal berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, arahan pertuduhan dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Maklum perkembangan siasatan kes 302 Kanun Keseksaan bersabit Melang Rpt 1843/26, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) dan arahan tuduh kedua dua saspek B1 dan B2 dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Kedua dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah esok kira-kira pukul 9.30 pagi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN