LEMBU tersebut menjuarai Pertandingan Lembu Piala Presiden APPSI 2026 di Bogor baru-baru ini. - Instagram

Lembu kaki 6 juara pertandingan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seekor lembu mengundang perhatian orang ramai di sebuah pertandingan lembu di Bogor, wilayah Jawa Barat kerana bersaiz besar dan memiliki enam kaki. 

Lembu milik Ladang TKT yang terletak di Boyolali, wilayah Jawa Tengah itu memasuki Pertandingan Lembu Piala Presiden APPSI 2026, baru-baru ini. 

Imej dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan haiwan itu mempunyai empat kaki, manakala dua lagi kaki terletak pada badannya. 

Ia memenangi tempat pertama kategori lembu unik. 

Pemilik haiwan, Femas Candra berkata, lembu tersebut dibawa untuk memperkenalkan keunikannya kepada orang ramai. 

Selain meraih gelaran, ia juga menjadi tarikan utama pengunjung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN