Aida (dua dari kiri) menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Datuk Dr. Azman Ibrahim, menekan butang sebagai simbolik perasmian Hari Kebajikan Haiwan peringkat Terengganu di Kuala Nerus, hari ini.

JPV terima 37,043 aduan aniaya haiwan sejak 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah menerima 37,043 aduan berhubung kebajikan haiwan dalam tempoh enam tahun sejak tahun 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Dr. Aida Muhid berkata, sebanyak 6,749 daripada aduan tersebut didapati mempunyai merit sebelum diambil tindakan pemeriksaan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Ia membabitkan 42,674 ekor haiwan yang kebanyakannya merupakan lembu, kerbau, kambing, kambing biri-biri dan ayam.

“Antara kesalahan pengabaian dikesan ialah kegagalan menyediakan keperluan asas mencukupi termasuk makanan, air, tempat perlindungan, penjagaan kesihatan dan persekitaran sesuai,” katanya pada program Hari Kebajikan Haiwan peringkat Terengganu, di sini.

Aida berkata, selain itu, JPV turut menerima aduan berkaitan penganiayaan atau perlakuan menyebabkan penderitaan kepada haiwan serta ketidakpatuhan terhadap keperluan kebajikan haiwan.

Beliau berkata, siasatan melibatkan pelbagai pihak termasuk pemilik atau penjaga haiwan, individu, pemilik premis perniagaan dan penternak.

“Kebajikan haiwan perlu diberi perhatian pada setiap peringkat pengurusan ternakan termasuk pembiakan, kelahiran, pemeliharaan, pemberian makanan, rawatan, pengendalian, pengangkutan dan penyembelihan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN