PUTRAJAYA – Ribuan rakyat membanjiri pekarangan Pusara Negara, Presint 20, di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum hadir sejak pukul 3.30 petang dan jumlah kehadiran orang ramai semakin bertambah untuk bersama-sama menunggu ketibaan jenazah di sini.
Ketika ini, jenazah masih berada di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi untuk solat jenazah.
Terdahulu, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi hari ini. – KOSMO! ONLINE
















