fbpx
Allahyarham Muhammad Idlan.

Pelajar SMK Za’ba maut: Sekolah sukan memang cita-cita mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Melanjutkan pelajaran di sekolah sukan merupakan impian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia malam tadi.

Rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Daniel, 14, berkata, Muhammad Idlan sebelum ini menuntut di Sekolah Kebangsaan Dato’ Abdullah, Gemencheh dan aktif dalam bidang sukan khususnya olahraga sejak sekolah rendah.

Katanya, remaja itu turut terlibat dalam kelab bola sepak di Gemencheh selain mempunyai minat mendalam dalam bidang sukan.

“Masuk sekolah sukan memang cita-cita arwah. Dia memang aktif bersukan sejak sekolah rendah terutama olahraga,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Menurut Daniel mengakui terkejut apabila mendapat tahu rakannya meninggal dunia dalam kejadian yang dipercayai mempunyai kaitan dengan buli.

“Saya harap keadilan dapat ditegakkan buat arwah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN