fbpx
Keadaan laluan terhalang di NKVE berhampiran Bukit Lanjan akibat pokok tumbang petang tadi.

Lagi pokok tumbang di NKVE, sesak 5km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu lagi kejadian pokok tumbang berlaku di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan, di sini petang tadi.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu berlaku di Kilometer (KM) 22.9 (S) ketika hujan, menyebabkan kesemua lorong laluan berkenaan terhalang.

“Susulan kejadian itu, aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan dengan kesesakan dianggarkan sejauh lima kilometer. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Pusat Pengurusan Trafik (TMC) kemudiannya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi menjalankan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan pokok yang tumbang.

“Pasukan EMPV NKVE, PLUS Ronda dan Respond Team turut berada di lokasi bagi melaksanakan kawalan trafik serta memastikan keselamatan pengguna lebuh raya,” ujarnya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan dan mematuhi arahan petugas di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN