PELAKON seksi, Disha Patani sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila bentuk tubuhnya yang kelihatan semakin langsing mencetuskan spekulasi kononnya dia menjalani prosedur kosmetik membuang tulang rusuk.
Dakwaan tersebut mula menjadi bualan selepas satu video memaparkan Disha dengan ukuran pinggang luar biasa kecil tular dalam media sosial.
Netizen mendakwa pelakon filem Malang itu mungkin menjalani rib removal surgery, iaitu prosedur membuang sebahagian tulang rusuk bagi menghasilkan bentuk pinggang lebih kecil dan menyerlah seperti jam pasir.
Netizen turut membuat perbandingan foto lama Disha dan sekarang yang ketara berbezaan
Namun begitu, dakwaan berkenaan masih kekal sebagai spekulasi dan tidak disahkan oleh Disha sendiri.
Menurut laporan NDTV India, pemerhatian terhadap video yang tular itu turut menimbulkan persoalan sama ada imej berkenaan telah melalui proses penyuntingan digital.
Antara petunjuk yang diperhatikan netizen adalah bahagian latar di sisi pinggang Disha kelihatan sedikit melengkung, sesuatu yang boleh berlaku apabila teknik suntingan digunakan untuk mengecilkan bentuk tubuh.
















