fbpx
TANGKAP layar video menunjukkan wanita itu menangis selepas menggadai barang perhiasannya. - Instagram

Ibu gadai semua gelang emas demi anak jadi doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita mengundang perhatian orang ramai apabila sanggup menggadai sejumlah barang perhiasan demi membolehkan anaknya menjadi seorang doktor. 

Kejadian dirakam di kedai Beli Emas Makassar di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan baru-baru ini. 

Rakaman video dikongsi di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan wanita terbabit mengelap air matanya selepas menerima beberapa longgokan wang, hasil daripada menggadai emasnya. 

Dia dilihat menggadai beberapa gelang emas. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Emas boleh dibeli kemudian hari,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN