fbpx
NADIEM dan isteri, Franka Franklin(kanan) tiba di Mahkamah Tinggi Jakarta untuk keputusan rayuannya semalam. – AFP

Hukuman Nadiem kurang setahun, denda turun RM124 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah mahkamah rayuan Indonesia semalam mengurangkan hukuman penjara terhadap Nadiem Makarim sebanyak setahun, tetapi dia berikrar memohon Mahkamah Agung membatalkan sepenuhnya sabitan ke atasnya.

Nadiem yang merupakan pengasas bersama aplikasi perkhidmatan seru-pandu Gojek dan bekas menteri pendidikan, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Jun lalu atas kesalahan rasuah berkaitan perolehan komputer riba untuk sekolah-sekolah semasa pandemik.

Mahkamah rayuan di Jakarta mengurangkan hukuman penjara kepada sembilan tahun dan menurunkan  jumlah ganti rugi  perlu dibayar oleh Nadiem daripada 809 bilion rupiah (RM183.32 juta)  kepada 549 bilion rupiah (RM124.4 juta).

Nadiem memberitahu media selepas keputusan itu bahawa dia akan membawa kesnya ke Mahkamah Agung.

“Kami akan memfailkan rayuan secepat mungkin. Saya tidak akan menerima sebarang keputusan melainkan pembebasan sepenuhnya,” kata Nadiem.

Nadiem, 42, meletak  jawatan di Gojek untuk menjadi antara ahli kabinet termuda  Indonesia pada 2019 dan berkhidmat sebagai menteri pendidikan sehingga 2024.

Beliau didapati bersalah atas jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerana mengubah syarat tender bagi menyokong pembelian Google Chromebook untuk sekolah-sekolah bagi membantu pembelajaran dalam talian semasa Covid-19, yang mengakibatkan Indonesia rugi sekitar RM488 juta. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN