fbpx
Pengurus Komuniti Larian BMAI, Belle Lim (dua dari kiri) pada majlis pelancaran kasut terbaharu BMAI di Petaling Jaya baru-baru ini.

BMAI Malaysia sokong bakat tempatan, atlet kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA  – BMAI Malaysia sedang bekerjasama dengan 12 atlet daripada pelbagai jenis larian dan sukan ketahanan, sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menyokong bakat tempatan dan atlet kompetitif.

Antara atlet dalam pasukan BMAI adalah juara kategori Veteran 10 kilometer (KM) Malaysia Marathon, Mohd Harmini Ahmad;  pemenang tempat ketiga kategori Wanita Veteran 10KM di KB Half Marathon 2026, Che Nora Ismail; juara acara 3000M Lelaki Terbuka WSE Athletics Penang Open 2026, Arun Nadarajah serta naib juara kategori Aquathlon Sprint Lelaki di Melaka International Sports Festival 2026, Qamarul Haziq Helmy  Kamaruazli.

Bersama pasukan atletnya, BMAI Malaysia turut memperkenalkan Road to KLSCM PB Program, yang menghimpunkan seramai 30 atlet elit, pencipta kandungan larian dan pelari komuniti.

“Melalui program ini, para peserta akan menjalani latihan menggunakan GCARBON TURBO 4, menetapkan sasaran PB masing-masing dan menguji hasil persediaan mereka di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon.

“Kami  mahu menyokong pelari daripada pelbagai tahap, selain memainkan peranan dalam perkembangan komuniti larian di Malaysia,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran kasut terbaharu BMAI di sini baru-baru ini.

Selain itu, BMAI kini mempunyai tiga lokasi BMAI Runner House di Kepong, Setapak dan Seberang Jaya, dengan perancangan untuk mengembangkan penglibatan ke Johor Bahru dan kawasan Pantai Timur Malaysia.

Menurut kenyataan tersebut, dengan rangkaian kedai yang semakin berkembang serta pelbagai aktiviti komuniti, BMAI mahu mendekati lebih ramai pelari di seluruh Malaysia dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan komuniti larian tempatan.

“Kami juga menyasarkan untuk bekerjasama dengan kira-kira 200 kelab larian di seluruh Malaysia menerusi pelbagai aktiviti seperti sesi latihan, larian komuniti, pengalaman produk dan program peringkat akar umbi.

“Usaha ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang mencuba dan menikmati aktiviti larian, meningkatkan penyertaan dalam sukan serta menyumbang kepada perkembangan budaya larian di Malaysia,” jelasnya.

Bagi atlet elit, BMAI turut menyediakan sokongan menerusi Elite Athlete Program, yang merangkumi kelengkapan larian profesional, sumber latihan serta peluang menyertai kem latihan khusus di China.

Atlet yang terpilih berpeluang mengikuti kem latihan selama dua hingga tiga minggu, dengan program latihan yang lebih tersusun bagi membantu mereka membuat persediaan dan meningkatkan prestasi.

“Kami mahu BMAI menjadi sebahagian daripada budaya larian Malaysia, bukan sekadar sebagai sebuah jenama kasut,” kata Wang.

“Matlamat kami adalah untuk menyokong pelari di setiap peringkat dan membantu mereka mencapai PB seterusnya,” terangnya.

BMAI ditubuhkan pada tahun 2015, ia adalah jenama larian profesional yang memberi tumpuan kepada pembangunan kasut, pakaian dan kelengkapan larian.

Nama BMAI diambil daripada frasa Be Myself, yang mencerminkan kepercayaan jenama untuk kekal menjadi diri sendiri, memahami kemampuan masing-masing dan terus berusaha melangkaui batas.

Mengenai majlis pelancaran tersebut, Ketua BMAI Malaysia, Hunter Wang berkata, koleksi terbaharu BMAI GCARBON TURBO 4 adalah  kasut perlumbaan marathon berplat karbon flagship yang direka untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik (PB) seterusnya.

Ia membawa konsep Speed That Flows, Bounce That Lasts, kasut tersebut menggabungkan beberapa teknologi utama termasuk plat karbon penuh T1000, busa superkritikal nilon BoomMAX Evonik yang dinaik taraf, lidah kasut satu bahagian yang fleksibel serta tapak luar Cast PU.

Gabungan teknologi ini direka untuk memberikan keseimbangan antara kelajuan, daya tolakan, kestabilan, keselesaan dan cengkaman, khususnya untuk perlumbaan jarak jauh.

Kasut itu juga direka terutamanya untuk pelari berpengalaman yang menyasarkan masa marathon bawah 3 jam 30 minit (sub-3:30). Ia juga sesuai untuk pelari kompetitif serta digunakan dalam sesi latihan pada rentak perlumbaan.

Komponen utama GCARBON TURBO 4 ialah plat karbon penuh T1000, yang merupakan peningkatan daripada plat karbon T700 pada keluaran sebelumnya.

“Reka bentuk kasut ini membantu memberikan sokongan yang lebih baik di bawah kaki, manakala busa yang responsif membantu menghasilkan pemindahan tenaga yang lebih lancar daripada fasa pendaratan sehingga ke tolakan hujung kaki.

Gabungan plat karbon dan tapak tengah kasut ini dibangunkan untuk mencapai keseimbangan antara daya tolakan dan kestabilan, sekali gus membantu pelari mengekalkan langkah yang lebih lancar dan konsisten apabila keletihan mula dirasai sepanjang perlumbaan.

“GCARBON TURBO 4 adalah kasut perlumbaan marathon berplat karbon flagship kami yang dibangunkan dengan matlamat utama untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik mereka.

“Kami mahu memberikan sokongan yang lebih baik kepada pelari supaya mereka dapat mengekalkan langkah yang stabil, semula jadi dan terkawal ketika mengejar pencapaian terbaik seterusnya,” jelas beliau.

Kasut ini mempunyai berat kira-kira 135g untuk saiz 37 dan 172g untuk saiz 41, dengan drop 4.5mm. Keseluruhan reka bentuknya memberikan pengalaman larian yang ringan, responsif dan stabil untuk perlumbaan jarak jauh. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN