fbpx
KA SIONG (dua dari kiri) menemui dan beramah mesra dengan perwakilan MCA ketika hadir dalam Konvensyen MCA Negeri Johor di Dewan Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Ann Khor di Yong Peng, Batu Pahat, hari ini. Foto oleh ADNAN IBRAHIM

Strategi pinjam kerusi sudah lama, seperti di Duyung – Ka Siong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan meminjamkan kerusi kepada rakan gabungan untuk menghadapi pilihan raya sama ada peringkat negeri atau umum bukan perkara baharu di dalam Barisan Nasional (BN) dan ia telah lama berlaku.

Menurutnya, ini kerana strategi tersebut sebagai salah satu percaturan untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam satu-satu kawasan.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan meminjamkan kerusi itu hanya boleh diputuskan oleh presiden-presiden parti gabungan melalui perbincangan bagi menilai kewajaran tindakan itu.

Sebagai contoh katanya, beberapa kerusi seperti di Cameron Highland, Pahang dan Duyung, Melaka adalah kerusi yang dipinjam daripada MCA dan hasilnya, ia mendapat sokongan padu pengundi malah sukar untuk dikalahkan pihak lawan.

“Jika kawasan itu benar-benar tidak mempunyai calon kebolehan untuk memenangi pilihan raya manakala penggantinya mempunyai peluang besar untuk menang, ia tidak salah untuk diberikan pinjaman.

“Bukan bermakna MCA terbuka untuk menjual atau meminjamkan kerusi tradisi namun ia bergantung kepada keadaan sesuatu kawasan dan diputuskan melalui perbincangan,” katanya bagi mengulas hasrat UMNO Bahagian Kluang untuk meminjam kerusi MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 nanti. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN