fbpx
Anggota polis membawa Mohd. Faizal untuk didakwa atas pertuduhan menyeludup 15 migran warga Myanmar di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini.

Ejen sindiket didakwa seludup 15 PATI warga Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang ejen sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 15 migran warga Myanmar di stesen minyak di Jeli tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Faizal Mat Yusoh, 46, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes penyeludupan migran di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menjalankan aktiviti penyeludupan 15 migran warga Myanmar di sebuah stesen minyak di Jeli kira-kira pukul 11.30 pagi, 18 Mei 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Zulhafiz Mohd Zahid. Mahkamah menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN