fbpx
Keadaan rumah yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Bukit Chandang, hari ini.

Wanita warga emas melecur kebakaran dua rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas melecur pada bahu kiri dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Lorong Chandang 5, Kampung Bukit Chandang, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.27 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pukul 9.40 pagi.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah dengan rumah pertama musnah kira-kira 80 peratus, manakala kediaman kedua pula terbakar kira-kira tiga peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 10 anggota dari BBP Kuala Kubu Bharu dan BBP Bukit Sentosa terlibat dalam operasi pemadaman itu. Api berjaya dikawal pada pukul 9.58 pagi. Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN