Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Operator kilang dituduh ‘sentuh’ pelajar politeknik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan meliwat seorang pelajar politeknik, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Hazarul Zaim Rusli, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rogol terhadap mangsa berusia 20 tahun di sebuah bilik hotel di Jalan Kampung Benggali di sini, kira-kira pukul 3.30 pagi, 17 Ogos lalu.

Dia turut didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama tanpa kerelaan wanita berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala kedua, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izad Firdaus, manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN