FERNANDES memecahkan rekod umpanan jaringan di EPL musim lalu dan meledak lima gol untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan. - AFP

EPL: Fernandes raih puncak kemasyhuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes mengikut jejak Cristino Ronaldo yang muncul sebagai pemain Portugal yang menerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Musim lalu, Fernandes tampil sebagai watak penting kepada The Red Devils termasuk mencipta 21 bantuan jaringan terbanyak dalam tempoh semusim, sekali gus melakar rekod baharu di EPL.

“Ia menjadi musim yang cukup istimewa buat saya secara individu.Saya juga berasa bangga kerana semua orang sentiasa membantu saya.

“Saya tidak banyak memikirkan tentang bantuan jaringan sehinggalah semua orang bercakap mengenainya. Saya cukup gembira kerana dapat membantu pemain lain menjaringkan gol.

“Kebanyakannya, setiap kali umpanan yang saya lakukan, Manchester United sentiasa menjaringkan gol,” katanya.

Fernandes juga turut menyumbangkan lima gol dan kini muncul pemain Manchester United pertama yang memenangi anugerah ini sejak kali terakhir dilakukan Wayne Rooney pada 2010.

“Ini bukan permainan tenis apabila pemain bermain untuk diri sendiri. Kami bermain bola sepak dan ia sukan secara berpasukan, demi kelab, penyokong dan pastinya tiada apa lagi yang lebih istimewa daripada semua ini.

“Amat bagus untuk memikul tanggungjawab ini dan saya menikmatinya. Bukan perkara mudah, namun saya fikir adalah lebih baik untuk berdepan tekanan sekali gus dapat pastinya saya bermain dengan baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN