TANGKAP layar video menunjukkan beberapa dawai kokot yang tersembunyi di dalam nasi. - TikTok 

Terkejut jumpa banyak dawai kokot dalam nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila menemui sejumlah dawai kokot di dalam makanan yang dibelinya dari sebuah kedai. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah2 menunjukkan lelaki  terbabit sedang menggaul nasi dengan kuah di rumahnya, baru-baru ini. 

Dia terkejut menemukan beberapa dawai kokot tersembunyi di dalam nasinya. 

“Banyaknya! Mati kalau dimakan,” kata lelaki berkenaan dalam video itu. 

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 187,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Usus boleh rosak kalau makan itu!” kata seorang netizen. 

“Itu zat besi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN