Tangkap layar seekor monyet memecah masuk ruangan dapur kediaman seorang pengguna media sosial.

Ingatkan rumah kena pecah masuk, rupanya ‘Cik M’ buat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya ingat ada orang pecah masuk, rupanya ‘Cik M’ (monyet) tengah buat kerja dekat dapur. Menggigil ya tangan masa ini”.

Demikian luahan seorang wanita ketika berdepan situasi cemas apabila rumahnya dipecah masuk oleh monyet liar.

Menerusi perkongsia di Threads Hanie Mansor, dia berkongsi perkara itu susulan kejadian sama yang tular di media sosial membabitkan sebuah sekolah baru-baru ini.

“Saya pernah kena. Allah sahaja tahu perasaan sebab saya dengan anak kecil sahaja waktu itu.

“Dengan darah ‘Cik ‘ banyak. Hujung-hujung saya biar sahaja seharian dan tunggu sehingga suami saya balik,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, dia telah membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun kejadian tersebut tetap berulang.

“Kadang rasa geram bila nampak ‘Cik M’ ini ya Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung gangguan monyet di sebuah sekolah sehingga menimbulkan kebimbangan berkaitan keselamatan pelajar.

Seorang pengguna memohon cadangan orang ramai bagi mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan yang mendakwa telah melakukan pelbagai usaha termasuk membuat aduan kepada Perhilitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN