Gambar yang dikongsikan @Adiazwari di media sosial memaparkan keadaan berjerebu di sekitar ibu negara, hari ini.

‘Ingat kabus, sebab semalam hujan lebat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Pagi ni Malaysia jerebu teruk gila. Ingat kabus, sebab semalam hujan lebat.”

Itu perkongsian seorang lelaki tentang situasi terkini keadaan jerebu di Malaysia yang disifatkan sebagai ‘sangat teruk’.

Menggunakan profil @Adiazwari di media sosial, dia turut berkongsi keadaan berkenaan menerusi satu hantaran bersama beberapa gambar di sekitar ibu negara.

“KLCC, Menara Kuala Lumpur, TRX semua tak nampak langsung. Yang keluar rumah pergi kerja tu, nampak jalan tak?” soalnya.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata turut mengeluh kerana masih terpaksa menghadap keadaan berjerebu sehingga ke hari ini.

“Bau pun asap je. Adoi, makin teruk!,” luah @Iiamyayaaaaa.

“Hari ni jerebu teruk sangat. Sampai tak jadi buat Grab. Bagi reda sikit,” kongsi @Salahmm2026.

“Sampai bila lah nak hadap lagi ni,” keluh @Zaikhzmh.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Cheras dan Batu Muda antara kawasan di Kuala Lumpur yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara tidak sihat setakat pukul 8.15 pagi.

Bagaimanapun, rekod tertinggi yang dicatatkan adalah di Batu Pahat, Johor iaitu 188. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN