Tangkap layar klip video yang memaparkan pesawat Gulf Air melakukan low fly past di sekitar kawasan Sepang hari ini.

[VIDEO] Pesawat Gulf Air mula ‘berlegar’ di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran pesawat milik Gulf Air melakukan penerbangan di sekitar kawasan Sepang hari ini mengundang keterujaan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Mo_aser pesawat berkenaan dilihat melalukan low flypast (penerbangan pertunjukkan pada kedudukan remdah) di kawasan berkenaan.

“Gulfair buat low flypast sekitar Sepang tadi,”tulis.

Difahamkan, kehadiran pesawat berkenaan adalah sempena fly-past khas yang akan diadakan sempena Formula Satu (F1) Gulf Air Grand Prix (GP) Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang Ahad ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi kehadiran pesawat itu berdekatan kediaman masing-masing.

“Di atas rumah kami di Eenstek, suka sangay dapat tengok (pesawat) dari dekat,” tulis Sha.abdulbasit.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mecy_amry.

“Patut tadi nampak rendah dekat Sri Putra,” kongsinya.

Berdasarkan laporan media semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, pertunjukan udara kendalian Gulf Air itu akan menjalani sesi raptai hari ini sebelum dipersembahkan pada hari perlumbaan. -KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN