TANGKAP layar video menunjukkan keluar pengantin lelaki membawa dulang berisi wang tunai dan satu set barang kemas. - TikTok 

Pengantin perempuan beruntung terima mas kahwin lebih RM113,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Musi Banyuasin, wilayah Sumatera Selatan bertuah apabila menerima wang berjumlah 500 juta rupiah (RM113,534) dan satu set barang kemas sebagai mas kahwin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan keluarga pengantin lelaki membawa sebuah dulang dipenuhi wang tunai bernominasi antara 100,000 rupiah (RM23) dan 50,000 rupiah (RM11). 

Satu lagi dulang dipenuhi barang kemas seperti rantai dan gelang emas, dengan berat keseluruhan mencecah sekitar 120 gram. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 118,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Siapakah wanita yang beruntung itu?” kata seorang netizen. 

“Kalau duit banyak, kenapa tidak?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN