fbpx
Delegasi Malaysia dan China ketika mengadakan pertemuan di West Lake State Guest House, Hangzhou, China semalam.

Orkid simbol persahabatan Malaysia, China – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keindahan bunga orkid yang sering menghiasi majlis diplomatik utama China disifatkan sebagai simbol persahabatan erat antara Malaysia dan China yang terus berkembang sejak 52 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu jelas dapat dilihat ketika beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Premier China, Li Qiang di West Lake State Guest House, Hangzhou, China.

Menurut beliau, orkid atau Lán Huā dalam bahasa Cina mempunyai kaitan dengan ungkapan Jīn Lán Zhī Jiāo yang membawa maksud persahabatan sejati, iaitu sehati sejiwa, teguh menghadapi ujian serta setia berkongsi suka dan duka.

“Falsafah ini berakar daripada kitab klasik Yi Jing yang mengungkapkan; apabila dua insan sehati sejiwa, kekuatannya mampu memotong logam. Apabila bicara lahir daripada persefahaman yang sama, harumnya ibarat semerbak bunga orkid,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, falsafah tersebut mengingatkan beliau kepada perjalanan hubungan Malaysia-China yang telah terjalin selama 52 tahun.

Katanya, hubungan kedua-dua negara bukan sekadar berasaskan kepentingan perdagangan dan diplomasi, sebaliknya turut diperkukuh menerusi rasa saling menghormati, kepercayaan dan persefahaman yang teruji merentas zaman.

“Seperti orkid yang mekar dan menyebarkan harum, demikianlah persahabatan Malaysia dan China yang harus terus dibaja dan diperkukuh, bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara, tetapi terutama demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN